11 Jun 2009

RENUNG2 KAN LAH...

Mata suka memandang dan mempengaruhi hati supaya menjatuhkan hukuman terhadap orang yang dipandang. walaupun baru sekali berjumpa,ada yang lain semata-mata dengan asas prasangka buruk. orang itu jahil, si polan fasik,jiran kamu sombong,kawan kamu pembohong, beliau yang dihormati itu sebenarnya zalim,saudara kamu munafik,khianat,penjenayah,merampas hak orang lain dan segala kejahatan hanya milik mereka yang hadir dalam kehidupannya.itulah mata jahat yang bersatu dengan hati busuk. Tetapi kadang-kadang mata dan hati boleh tertipu oleh paras rupa dan tingkah laku orang yang dilihatnya. Baru sekali duduk minum dan mendengar tutur bicara halus dan bernas, terus percaya kepada orang dihadapannya itu umpama malaikat. Semua baik tak ade cacat celanya. Akhirnya tertipu oleh imej palsu yang dilihat dengan cermin mata suram. Bertolak daripada kebaikan dan keburukan ynag dilihat melalui dengan mata zahir maka manusia terus mencari jalan tengah supaya dia dapat membuat penyesuaian dengan persekitaran secara selamat. sikap terbaik ketika menjalinkan hubungan dengan orang lain ialah ambil manfaat daripada kebaikannya saja, usah peduli dengan aib orang itu dan berhati-hati supaya diri tidak dimanipulasi. Namun begitu kita berasa diri diperhati tanpa mahu mengaku bahawa kita juga suka memerhati orang. Sebenarnya sikap suka memerhati ini boleh memberi kesan positif dalam diri iaitu dengan syarat, perhatian itu hanya kepada mutiara kebaikan sahaja. Adapun keburukan orang lain, cukuplah dijadikan sempadan tanpa disertai celaan kepada orang itu kerana tiada yang sesiapa yang sempurna di dunia ini. Jika setiap orang mengenal dirinya sendiri dengan sedalam-dalamnya nescaya tiada seorangpun tergamak menghina kebaikan orang lain kerana dia masih melihat lelemahan yang banyak dalam dirinya sendiri, Alangkah eloknya jika kita menumpukan perhatian kepada kelebihan dianugerahkan Allah kepada orang lain untuk mengambil faedah daripadanya www.tips-fb.com

Tiada ulasan: